ARUWIN... aksi hebat sewaktu beraksi di Itali tahun 2020.

 

Oleh TL ANG

KUALA LUMPUR – Aruwin Salehhuddin semakin hampir ke Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV di Beijing, Februari 2022.

Peserta ski yang berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat itu kini mengumpulkan 91.93 mata acara alpine slalom dan 111.64 dalam giant slalom pada dasarnya sudah memadai untuk mewakili Malaysia ke temasya besar itu. Tahap terendah perlu diperoleh ialah 160 mata.

Apa pun ketetapan akhir akan dibuat oleh Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS) dengan Aruwin, 17, akan beraksi dalam beberapa kejohanan antarabangsa lagi terutama dalam sirkit Eropah bagi memperkukuhkan kedudukannya ke Beijing 2022.

”Saya berharap Aruwin menjadi peserta ski wanita pertama bertarung pada Sukan Olimpik Musim Sejuk,” kata bapanya, Salehhuddin Ayob; atlet kayak Malaysia yang bersaing dalam Sukan Olimpik Atlanta 1996.

ARUWIN sewaktu menyertai saingan antarabangsa.

Pada temasya musim sejuk XXIII di Pyeongchang, Korea, dua atlet lelaki negara yang mengambil bahagian ialah Jeffrey Webb dan Julian Yee.

Buat masa ini Salehhuddin  turut mendapatkan khidmat jurulatih profesional dari Croatia, Mladen Bezjak untuk melatih Aruwin bagi menyempurnakan matlamat ke Beijing.

”Anak saya mengharungi banyak latihan sejak dua tahun lalu di Dolomites, Itali. Kami sekeluarga terpaksa membiayai penggajian jurulatih Croatia itu termasuk penginapan dan elaun sampingan,” katanya.

SALEHHUDDIN… dapatkan jurulatih profesional untuk anaknya.

Cabaran sengit Aruwin dalam kategori ski alpine itu ialah peserta dari Amerika Syarikat, Austria dan Slovakia.

Sementara itu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan membantu dalam urusan mendapatkan biasiswa daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) khusus bi atlet ski itu dalam persediaan menghadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here