SEORANG menteri di Indonesia berang apabila tidak berpuas hati dengan kerja sambil lewa petugas di dapur umum di republik negara itu.

Tri Rismaharini yang memimpin Kementerian Sosial tidak dapat menahan kemarahannya ketika meninjau pusat itu yang diuruskan oleh sekumpulan Tagana.

Dalam video tular yang berdurasi 1 minit 52 saat itu, beliau mengingatkan petugas agar bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat yang susah apabila diuji dengan pandemik Covid-19 ketika ini.

Katanya, para petugas di pusat itu seharusnya bersyukur kerana setiap bulan masih mempunyai gaji.

“Dapur kurang peralatan. Ada pihak yang enggan membantu. Kalau begini keadaanya sukar untuk beri makan rakyat yang susah.

“Saya pindahkan kamu semua ke Papua,” tegas beliau.

Tagana adalah sukarelawan sosial daripada kalangan penduduk yang memiliki rasa tanggungjawab kepada masyarakat serta aktif membantu masyarakat ketika bencana selain terlibat dalam kerja pelindungan sosial.

Beliau turut mengingatkan para petugas agar faham dengan tanggungjawab mereka di Kementerian Sosial membantu masyarakat yang susah.

“Bagaimana aku mahu beri makan kepada mereka, kalau masaknya ala kadar.

“Tolong mulai sekarang belajar dan faham kamu bekerja di Kementerian Sosial” katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here