Ebit Lew menggerakkan 10 lori yang membawa bantuan barangan keperluan asas ke seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew terus membantu rakyat dengan menggerakkan 10 lori yang membawa barangan keperluan asas ke seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha, semalam.

Menerusi hantaran bersama gambar di Facebook beliau, ia turut mendapat reaksi positif daripada warganet dan sehingga pagi ini sudah menerima lebih 195,000 ‘like’ serta 8,300 komen.

“Doakan ya. Malam hari raya ini 10 lori bantuan keperluan asas akan bergerak ke seluruh Malaysia. Doakan semua team selamat pergi dan balik. Takbir raya dalam lorilah. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya di Facebook.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan penjelasan atau maklumat lanjut mengenai lokasi barangan keperluan berkenaan diagihkan.

Terdahulu, nama Ebit menjadi perbualan hangat di media sosial selepas penyanyi rap Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada penceramah bebas itu kerana mendakwa menerima rungutan daripada penduduk Gaza berhubung cara pendakwah itu menghulurkan bantuan baru-baru ini.

Dia juga mendakwa Ebit hanya menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza demi tarikan bahan kandungan di media sosial.

Pendedahan Caprice itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang warganet terutama dalam kalangan penyokong Ebit yang memberikan pelbagai reaksi terhadap artis terbabit.

Penyanyi itu kemudian memohon maaf kepada semua pihak menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya hari ini.

Semalam, polis mengingatkan orang ramai tidak mensensasikan isu kontroversi membabitkan Ebit dan Caprice.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, tindakan tegas akan diambil jika ada pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuk menyebarkan fitnah.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/20/ebit-lew-takbir-raya-dalam-lori/

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here