Tangkap layar warga asing yang melaksanakan Solat Aidiladha di Butterworth Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR – Beratus orang dipercayai warga asing didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang di Taman Pelangi Juru, Butterworth hari ini.

Rakaman video warga asing berkenaan menunaikan solat sunat Aidiladha dibuat orang awam dan dimuatnaik di laman sosial Facebook.

Rakaman dari sebuah kereta itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.

Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Mereka dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.

Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP), solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah 100 orang serta surau 50 orang.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here