Jurugambar: Lans Koperal Mohamad Nurhafiz Awang dan Konstabel Bryanlie Mustin.
Oleh Syahir Kassim

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meluangkan masa melawat sekatan jalan raya (SJR) Lembah Pantai sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Bukit Aman hari ini.

Beliau yang tiba di lokasi SJR tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi diiringi oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni.

Dalam lawatan itu, beliau meluangkan masa hampir 20 minit untuk meninjau suasana pagi hari raya di lokasi SJR.

Acryl turut menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada para petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas di SJR berkenaan.

Pegawai Bertugas SJR, Inspektor Mohamed Al Tajar Omar memberitahu, para petugas barisan hadapan amat berbesar hati dengan kehadiran pucuk pimpinan PDRM itu.

“Jutaan terima kasih kepada Ketua Polis Negara yang hadir melawat kami di pagi hari raya ini.

“Ia memberikan kami lebih dorongan dan semangat untuk terus berkhidmat tanpa berbelah bahagi kepada masyarakat serta negara,” katanya menerusi Facebook PDRM hari ini.

– BebasNews

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here