GAMBAR: NIAID.

 

Oleh Fetty Rara

VARIAN Delta Covid-19 yang paling banyak berjangkit di Amerika Syarikat mencatatkan lebih 51 peratus daripada jangkitan baharu.

Jumlah kes dilaporkan melonjak di Indiana dengan 74 peratus jangkitan di negeri itu terdiri daripada varian Delta – naik daripada 48 peratus pada bulan lalu, lapor wishtv.com.

Para saintis telah menjangka bahawa varian Delta yang dahulunya dikenali sebagai B.1.617.2 yang pertama kali dikesan di India lebih mudah berjangkit, namun mereka belum dapat memastikan kenapa ia berlaku.

Kajian terbaharu kini menunjukkan betapa besarnya ancaman mutasi Delta di mana didapati bahawa varian tersebut 225 peratus lebih mudah berjangkit berbanding varian asal SARs-CoV-2.

Dari segi kesan, Dr Amy Beth Kressel yang merupakan pakar penyakit berjangkit di Eskenazi Health, Indianapolis berkata mereka yang dijangkiti akan membawa lebih 1,000 kali beban virus.

Ini bermakna setiap kali seseorang yang dijangkiti bernafas, lebih 1,000 kali ganda virus dikeluarkan ke udara berbanding varian asal.

Ini, menurut beliau mempengaruhi kesan kepada tahap jangkitan. Jika seseorang dijangkiti  lebih banyak virus ke dalam tubuh melalui pernafasan, dia akan mengalami kesakitan lebih teruk.

Setakat ini apa yang diketahui ialah bahawa vaksin yang sedia ada mampu memberikan perlindungan daripada varian Delta.

Bagaimana pun, Dr Amy memberi amaran bahawa mereka yang masih belum menerima vaksin nyata sedang berjudi dengan nyawa kerana walaupun mengalami kes sederhana, kesan jangka panjangnya akan terus kekal setelah pulih.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here