Dari kiri Mark Bezos, Jeff Bezos, Oliver Deaman dan Wally Funk yang mengikuti penerbangan itu.

BERSAING.. jika sebelum ini bilionair Sir Richard Branson mencatat sejarah menjadi orang yang pertama terbang ke suborbit menggunakan pesawat buatan sendiri, kini Jeff Bezos, juga seorang bilionair, mengikuti jejak yang sama menggunakan roket pelancar kapal angkasanya sendiri, New Shepard.

Bezos yang juga merupakan orang yang terkaya di dunia ditemani oleh Mark Bezos, saudaranya, Wally Funk, perintis perlumbaan ruang angkasa berusia 82 tahun, dan seorang pelajar berusia 18 tahun, lapor BBC.

Mereka melakukan perjalanan itu dengan menggunakan kapsul dengan tingkap terbesar yang terbang di angkasa, sekali gus menawarkan pemandangan Bumi yang menakjubkan.

Ketika kapsul turun kembali setelah penerbangan selama 10 minit, 10 saat, Jeff Bezos dilaporkan berkata, ia merupakan hari yang terbaik buat dirinya.

New Shepard, yang dibina oleh syarikat Bezos Blue Origin, dirancang untuk memperkenalkan perkhidmatan pelancongan angkasa yang berkembang pesat.
Kapal angkasa berkenaan berlepas malam tadi dari tempat pelancaran persendirian dekat Van Horn Taxes.
Dua minit selepas dilancarkan, kapsul yang membawa Bezo dan krew penerbangan berpisah dengan roket pelancar dan bergerak ke Karmin Line yang dianggap sebagai sempadan bumi dengan angkasa lepas letaknya pada ketinggian 100,000 kilometer.

Kapsul mendarat di barat Texas selepas melepasi sempadan angkasa lepas atau Karman Line.

Pengasas Amazon, Bezos – dan peserta lain dalam “perlumbaan ruang jutawan” – sebelum ini telah dikritik kerana menawarkan apa yang dilihat sebagai kegiatan untuk keseronokan golongan orang kaya sedangkan wang berkenaan boleh dibelanjakan untuk tujuan lain seperti memerangi masalah iklim dunia atau menaikkan bayaran gaji kakitangan.

Bezos mendakwa pihaknya mempunyai visi untuk mengalihkan industri berat dan semua yang mendatangkan pencemaran ke angkasa lepas supaya bumi kekal sebagai planet yang cantik dan bersih.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here