Rakyat Perancis membantah penggunaan pas kesihatan yang dianggap sebagai mengekang kebebasan mereka.

ENGGAN AKUR… Kerajaan Perancis telah menguat kuasakan penggunaan pas kesihatan Covid-19 berikutan berlakunya lonjakan dalam kes-kes terbaharu melibatkan varian Delta ketika penduduk negara itu terus meningkatkan bantahan terhadap peraturan berkenaan.

Mulai hari Rabu, rakyat negara itu perlu membuktikan diri mereka telah di vaksinasi dan bebas atau telah pulih daripada jangkitan virus berkenaan untuk memasuki muzium atau pawagam.

Malah, ahli Parlimen dijangka akan memutuskan sama ada penggunaannya diperluaskan untuk memasuki kafe, restoran dan juga pusat membeli belah, lapor BBC

Pas vaksinasi. Foto Ihsan connexionfrance.com

Sehari sebelum ini, Menteri Kesihatan Perancis Olivier Véran mengumumkan terdapat 18,000 kes baharu dalam tempoh hanya 24 jam berbanding 7,000 ke sehari pada minggu lalu, iaitu kenaikan sebanyak 150 peratus ketika varian Delta yang dilaporkan berasal dari India, sedang merebak di seluruh negara itu.

“Kami tidak pernah melihat keadaan seumpama itu sebelum ini,” beliau memberi tahu Parlimen bahawa varian Delta menyebabkan berlaku peningkatan lebih besar berbanding varian sebelum ini dari United Kingdom atau Afrika Selatan.

Pada awal bulan ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan rancangan memperkenalkan pas kesihatan Covid-19 dan juga vaksinasi wajib ke atas pekerja kesihatan menjelang bulan September.

Kajian menunjukkan terdapat penolakan yang meluas dalam kalangan penduduk Perancis termasuk terdapat kejadian dua buah pusat vaksinasi telah dirosakkan oleh para penunjuk perasaan yang membantah penguatkuasaan kad kesihatan itu.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here