BERKURUNG…Kini separuh daripada lebih 13 juta penduduk Australia terpaksa ‘berkurung semula’ apabila sebuah lagi negeri mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan virus varian Delta.

Australia Selatan yang menempatkan 1.7 penduduk menyertai dua buah negeri lain – Victoria dan sebahagian New South Wales untuk melaksanakan PKP pada hari Selasa.

Penduduk negeri-negeri berkenaan terpaksa tinggal di rumah selepas berlaku lima jangkitan baharu dan hanya dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan dan bersukan serta perkara-perkara yang dibenarkan.

Kemarahan meningkat dalam kalangan penduduk negara itu apabila dua buah bandar terbesar di Sydney dan Melbourne masih tidak dapat dipastikan akan dibuka semula.

Australia sebelum ini mendapat pujian kerana kejayaan strategi yang digunakan untuk menangani pandemik Covid-19 dan menyaksikan bilangan korban kurang 1,000.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here