Datuk Hussamuddin Yaacub. Foto malaymail.com

KUALA LUMPUR – #RasuahBusters kini menjadi gelombang gerakan moral yang didokong jutaan anggota dari lebih 200 buah organisasi di seluruh pelosok negara meskipun hanya bermula pada bulan Januari lalu.

Berikutan ini, semua pendokong telah mengadakan pertemuan secara berkala untuk membincang dan merumuskan pelbagai strategi dalam memperkemaskan usaha membanteras rasuah, di samping menjalankan usaha meningkatkan kesedaran tentang struktur pemerintahan melalui tadbir urus (good governance) dan nilai integriti rakyat Malaysia.

Ketua Pasukan Teras #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pemulihan gejala rasuah perlu dijalankan secara holistik dengan mengambil kira pandangan setiap rakan gabungan yang cukup berkepakaran dalam segmen kumpulan sasar masing-masing.

“Saya berasa bersemangat dan begitu terdorong dengan sokongan besar-besaran daripada setiap spektrum masyarakat, termasuk kalangan anak muda yang begitu komited untuk menerapkan integriti ke dalam sistem kepercayaan mereka. Walaupun perjalanan #RasuahBusters baharu saja bermula, saya berdoa agar sebarang perilaku rasuah tidak boleh lagi disembunyikan oleh sesiapa pun.”

Bertindak sebagai serampang dua mata, Datuk Hussamuddin turut menjelaskan, selain rakan gabungan meneruskan misi masing-masing, Malaysia Tanpa Rasuah akan menjadi laungan bersama dalam mencetuskan transformasi moral dan nilai untuk menjadikan rasuah sebagai musuh bersama untuk diperangi.

#RasuahBusters, bersama dengan rakan kongsi, mengambil langkah proaktif untuk berjaya dalam strategi terasnya dengan mengaktifkan kempen-kempen berikut:

1. #RakyatBenciRasuah
2. #BeliaBenciRasuah
3. #PendakwahBenciRasuah
4. #KerajaanTanpaRasuah
5. #BisnesTanpaRasuah
6. #PilihanrayaTanpaRasuah

#RasuahBusters dan gabungannya menganjurkan pelbagai program demi mencapai objektifnya dan mengajak pihak-pihak yang berminat untuk tampil dan bekerjasama menjadikan ini sebagai sebuah pencapaian oleh rakyat demi rakyat.

BM- MALAYSIA TANPA RASUAH

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here