GAMBAR: LA Times.

 

Oleh Zainal AS Rashid

ENAM lagi kawasan di Los Angeles telah menggesa penduduknya supaya memakai pelitup muka semasa berada di dalam bangunan atau rumah.

Nasihat tersebut menyusul setelah bilangan kes Covid-19 yang disebabkan oleh jangkitan varian Delta semakin membimbangkan, lapor latimes.com.

Dengan saranan terbaharu ini maka bilangan kawasan yang meminta individu memakai pelitup muka walaupun telah mendapat vaksin penuh naik kepada 17, termasuk Santa Barbara, Monterey, Napa, San Benito, Santa Cruz dan Ventura,

Setakat ini hanya kawasan Los Angeles telah meningkatkan lagi peraturan dan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam premis.

Bandar raya Pasadena yang mempunyai Jabatan Kesihatan sendiri berkata penduduk di kawasan itu akan turut diwajibkan memakai pelitup muka lewat minggu ini.

Walaupun pihak kerajaan tempatan mengeluarkan arahan tersebut, namun pihak Pusat Kawalan Penyakit (CDC) masih berkata bahawa mereka yang telah mendapat vaksin penuh boleh berada di kebanyakan tempat awam tanpa memakai pelitup muka.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here