Oleh Fetty Rara

SEBAHAGIAN besar tahun lalu dunia melihat seolah-olah Indonesia telah berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19.

Tetapi kini negara dengan penduduk seramai 270 juta itu telah muncul sebagai zon paling buruk Covid-19, dengan catatan semakin tinggi angka kematian dari sehari ke sehari berbanding India berikutan gelombang kedua yang melanda kepulauan tersebut, lapor cnn.com.

Dengan puluhan ribu jangkitan direkodkan setiap hari, pihak berkuasa berkata sistem penjagaan kesihatan di seluruh negara itu semakin menuju tahap bencana sekiranya penularan virus tidak dapat dikawal dengan berkesan.

Jangkitan semakin meningkat sejak penghujung Mei lalu selepas cuti Aidilfitri dan terus meningkat dengan mendadak.

Pengarah delegasi Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Jan Gelfand pada akhir Jun lalu berkata bahawa setiap hari Indonesia semakin menghampiri bencana buruk.

Pakar kesihatan menyalahkan pihak kerajaan kerana dikatakan terlalu lambat bertindak untuk menguatkuasakan ‘lockdown’ pada tahun lalu setelah kes-kes pertama dilaporkan, selain kegagalan berbelanja untuk membangunkan sistem pengesan kontak dan ujian yang berkesan.

Menurut data dari John Hopkins University, AS, setakat 20 Julai Indonesia telah merekodkan hampir 3 juta kes dengan lebih 76,000 kematian. Bagaimana pun para pakar bimbang bilangan sebenar berada di paras lebih tinggi disebabkan kurangnya ujian dilakukan.

Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata pada awal Julai lalu kerajaan pada mulanya tidak menyedari kepantasan virus tersebut merebak dalam gelombang kedua.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here