Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KETUA Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo, Toshiro Muto tidak menolak kemungkinan temasya Sukan Olimpik dibatalkan.

Beliau berkata pihaknya akan memantau bilangan jangkitan Covid-19 dan mengadakan perbincangan jika perlu, lapor bbc.com.

Setakat ini lebih 70 individu yang dikaitkan dengan acara tersebut telah disahkan positif. Olimpik akan dirasmikan pada Jumaat ini.

Komen beliau menyusul pada hari yang sama dengan pandangan presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach yang mengatakan bahawa pilihan sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan itu.

Awal bulan ini, Jepun mengumumkan bahawa Olimpik akan diteruskan di dalam stadium yang kosong berikutan kebimbangan berhubung ancaman Covid-19.

Muto berkata pada peringkat ini jumlah kes mungkin naik atau turun, dan pihaknya akan memikirkan apa yang perlu dilakukan jika keadaan bertukar menjadi buruk.

Sementara itu, walaupun Olimpik hanya akan dirasmikan pada Jumaat, namun aksi telah bermula dengan acara sofbol dan bola sepak wanita pada Rabu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here