Oleh NAFSIAH JANI

MUNGKIN ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilangnya Mek Siti yang popular menerusi sitkom komedi, Salam Pantai Timur ini. Mek Siti sebenarnya bukan menghilang sebaliknya dia sibuk menguruskan perniagaan produk kecantikan dan kesihatannya, Mek Kosmetik serta Radio onlinenya.

Mek Siti atau nama sebenarnya, Nik Sayyidah Fatihah Yazib artis kelahiran Kelantan yang berketurunan Melayu-Siam ini mula mengusahakan studio radio onlinenya dengan page Mek Salam Pantai Timur Live FM sejak April 2021. Sehingga kini Mek telah berjaya mengumpul pengikut seramai 30 ribu orang.

“Mek buat radio online ini bagi mendekati peminat serta mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan yang Mek jual. Radio online ini ke udara secara langsung dari pagi page FB Mek Salam Pantai Timur Live FM. Dalam program Bersama Adik Kakok ini juga Mek berkongsi info semasa dalam dan luar negara sambil berbual santai bersama peminat-peminat di seluruh dunia.

“Selain berhibur dengan lagu pilihan Mek, Mek turut mempromosikan produknya, Mutiara Beauty Cream, Mutiara 2 way Cake, kopi Arabica coklat dan minyak kelapa ratu. Mek juga turut menyediakan slot iklan bagi pengusaha produk yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah layari laman web http:/Www.wasap.my/0146007739.” kata Mek Siti yang memulakan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan Mek Kosmetik di Bachok pada 2014.

Radio Online ini hanya ke udara seminggu sekali setiap hari rabu pada jam 3 petang. Jika ada permintaan pelanggan untuk slot penajaan produk barulah Mek Siti akan membuat live programnya. Walaupun mempunyai studio sendiri, Mek Siti hanya mampu buat live seminggu sekali disebabkan kesibukannya setiap hari.

Kini Nik Sayyidah Fatihah bahagia melayari rumah tangga bersama suami tercinta, Che Zaharuddin serta dua anaknya iaitu Nik Muhammad Rifa’ie, 11, dan Puteri Rania Izzah, 8 tahun.

Rindu Dunia Lakonan

Mek Siti mula dikenali dengan sitkom, Salam Pantai Timur dan drama terakhirnya, Butang Baju Melayu pada tahun 2013.

Bercakap mengenai dunia lakonan, Mek Siti tidak menolak perasaan rindunya dengan dunia lakonan dan berkumpul dengan rakan artis yang lain.

“Mestilah rindu dengan dunia lakonan dan tipulah kalau Mek kata tak rindu nak berlakon. Mana taknya, Mek mula berlakon umur 18 tahun dalam Salam Pantai Timur. Sekarang Mek hanya mampu cakap rindu saja kerana masa dan keadaan sudah berubah. Kehidupan pun dah berubah.

“Dengan keadaan sekarang Mek dah berkeluarga dan ada anak-anak. Lebih baik Mek terus hidup begini. Urus perniagaan kosmetik, urus studio online dan ada masa urus anak-anak dan suami. Buat semua perkara ini setiap hari pun jadual Mek dah penuh dibuatnya.

“Tambah pula sekarang pandemik Covid-19, Mek kena lebih berusaha untuk kekal berniaga serta kena pandai daripada segi pemasaran. Dulu kami beroperasi dari kedai, kini Mek buat semuanya dari rumah sahaja melalui online. Mek yang atur strategi pemasaran, mengepos barangan dan macam-macam lagi.”

Selain sitcom Salam Pantai Timur, nama Mek Siti turut menjadi sebutan menerusi lakonannya dalam drama, Ezora. Selain sitcom dan drama, Mek Siti juga pernah membintangi filem Brainscan :Aku dan Topi Ajaib dan Senario The Movie : Beach Boys.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here