Foto FB Ebit Lew

PETALING JAYA – Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menyifatkan dakwaan terhadapnya oleh beberapa pihak berhubung isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini, sebagai melampau.

Beliau mendakwa, tuduhan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri adalah tidak berasas sehinggakan mengganggu emosi ahli keluarga serta pasukannya.

Dakwanya lagi, beliau sedia menjawab segala tuduhan tersebut dalam masa terdekat ini.

“Dah lama saya diamkan, saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti menjadi-jadi.

“Bagaimanapun, semenjak dua menjak ini, daripada live Caprice kemudian hari ini pulak Nadir (dakwaan) tular tentang saya jadi saya tampil membuat laporan polis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Ebit tiba kira-kira tiba pukul 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi beberapa individu termasuk peguamnya sebelum keluar pada pukul 7 malam.

Terdahulu, Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here