Oleh SYAHIDI BAKAR

SEJUMLAH 297 ternakan korban diuruskan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melalui program Tabung Ibadah Qurban YaPEIM (TaQY) bersempena perayaan Aidiladha, tahun ini

Pemangku Ketua Pengarahnya, Parihah Hasan berkata, bilangan ternakan korban dilaksana oleh YaPEIM di seluruh negara itu hasil tempahan para pelanggan yang memilih tunaikan ibadah korban bersama agensi itu.

Beliau berkata, proses penyembelihan dan agihan daging korban kali ini dianggap istimewa kerana dilakukan di pusat pengurusan daging YaPEIM di Kampung Atap, Kuala Lumpur dilengkapi ciri-ciri standard untuk ibadah korban.

“Program dilaksanakan menerusi TaQY ini juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

“Istimewanya melakukan ibadah menerusi TaQY ini ialah orang ramai mampu menunaikan ibadah korban dengan modal bermula serendah RM10 dan RM20 sahaja,” katanya selepas sesi Serahan Daging Qurban YaPEIM Kepada Para Penerima di Kg. Atap, kelmarin.

Selain serahan daging korban, delegasi YaPEIM turut disertai oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid meluangkan masa kira-kira sejam untuk meninjau Pusat Pemprosesan Daging Qurban YaPEIM itu.

Sementara itu, menurut Parihah, melalui program TaQY yang dilaksanakan setakat ini merekodkan seramai 259,162 peserta telah menyertainya di mana daripada jumlah tersebut seramai 208,806 adalah penabung dewasa, manakala 50,356 pula penabung kanak-kanak.

“Selain itu, YaPEIM mengadakan program korban di seluruh negara melalui infaq korban, wakalah dan pemprosesan untuk manfaat para penerima dan lokasi agihan pula antaranya di masjid, surau, komuniti masyarakat, perkampungan Orang Asli dan pusat pendidikan,” ujarnya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here