Oleh Zainal AS Rashid

SEORANG wanita rebah dan meninggal dunia di depan sebuah klinik ketika cuba mendapatkan rawatan setelah berasa tidak sihat pada Rabu (21 Julai).

Pemeriksaan mendapati bahawa beliau positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.45 malam di Taman Sentosa, Klang.

Polis mengeluarkan kenyataan tersebut pada Rabu malan setelah gambar dan video wanita itu terbaring di luar klinik ditularkan melalui media sosial.

Menurut Shamsul Amar polis menerima laporan tentang kejadian tersebut di mana mangsa dikatakan telah pergi untuk mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik di Taman Sentosa, dan setiba di lokasi beliau tiba-tiba rebah dan terus tidak sedarkan diri.

Anggota paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia, dan mayat dibawa dengan ambulans ke Hospital Shah Alam di mana ujian mendapati bahawa beliau positif Covid-19.

ACP Shamsul Amar berkata wanita tersebut mempunyai sejarah mengidap tekanan darah tinggi dan diabetes. Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana jangkitan Covid-19.

Klang antara daerah yang terkesan teruk oleh pandemik hingga menimbulkan kesukaran pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah menerima dan merawat pesakit Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here