Burak Akıncı

KUALA LUMPUR – BiP, yang dibangunkan oleh jurutera Turki dan data penggunanya dilindungi di pusat data berkeselamatan tinggi di Turki, terus menjadi perintis platform komunikasi dengan ciri-ciri unggul yang berbeza daripada para pesaingnya.

Bilangan peserta untuk panggilan audio dan video berkumpulan berkualiti HD melalui BiP, platform dengan lebih daripada 82 juta muat turun, telah meningkat daripada 10 kepada 15 peserta sekarang.

BiP, yang hampir dapat menggandakan bilangan peserta maksimum berbanding pesaingnya, akan terus menjadi titik pertemuan untuk mesyuarat perniagaan dan sosial serta pilihan terbaik untuk keluarga yang ramai bertemu dan meraikan Hari Raya.

Pengurus Besar Teknologi Komunikasi dan Perkhidmatan Digital BiP, Burak Akıncı berkata, BiP telah menjadi pemain global dengan berjuta-juta pengguna di 192 buah negara di seluruh dunia.

Beliau berkata, BiP menjadi antara platform komunikasi yang paling pesat berkembang di
peringkat antarabangsa dengan panggilan video berkumpulan, suara dan panggilan video dari antara
muka web, mesej yang hilang, terjemahan segera dalam 106 bahasa dan memiliki ciri-ciri kiriman wang yang telus dalam perlindungan data peribadi.

Akinci berkata, melalui ciri “Group Moving” BiP, semua pengguna boleh menggunakannya tanpa mengira pengendali di seluruh dunia, pengguna boleh memindahkan kumpulan dan sembang terdahulu mereka dengan pantas dan mudah dalam aplikasi pemesejan yang mereka gunakan sebelum ini ke BiP.

Selain itu, tidak seperti aplikasi pemesejan lain, pengguna boleh memindahkan kumpulan sedia ada mereka ke BiP sambil menambah pengguna yang telah memuat turun BiP secara automatik dalam kumpulan tanpa perlu memilihnya secara individu.

Anda boleh melayari http://bit.ly/bip-indir untuk panggilan suara dan video sehingga 15 orang dalam kualiti HD dengan BiP.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here