Oleh Jais Abdul Karim

1. Malaysia Corruption Watch (MCW) berharap pendakwaan terhadap YB Syed Saddiq (YBSS) dapat memberi keadilan kepada semua pihak. YBSS berpeluang membersihkan nama beliau dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia dari mana punca wang tersebut secara terperinci. Rakyat berhak untuk mengetahui fakta sebenar dan memang wajar beliau menunjukkan sifat bertanggungjawab dan berintegriti tinggi sekiranya mahu terus layak sebagai bakal pemimpin negara pada masa depan.

Rasuah politik dan integriti yang paling rendah ialah tindakan ‘LOMPAT PARTI’ dalam kalangan ahli politik yang memberi kesan besar terhadap integriti dan governans negara. Satu undang-undang khas wajar diperkenalkan menerusi AKTA PARTI POLITIK MALAYSIA (APPM) bagi memastikan hal ini dapat dikawal.

2. Rakyat yakin bahawa penyiasatan SPRM dijalankan secara profesional berdasarkan bukti-bukti yang ada dan tidak pernah berpandukan pada fitnah atau tohmahan semata-mata. Semua pihak harus menghormati fungsi SPRM sebagai sebuah badan bebas dalam mengendalikan kes-kes rasuah. Mahkamah akan menentukan dan menjatuhkan hukum sama ada ianya fitnah atau tidak. Mahkamah juga akan membuat keputusan berdasarkan bukti yang dikemukakan.

3. Pertuduhan ini adalah peluang terbaik untuk YBSS “cakap serupa bikin” dan berani kerana benar. Buktikan bahawa beliau pernah menyatakan tidak akan menyorokkan apa-apa berkaitan isu ini dan bersikap berani kerana benar. Tambahan pula sebagai ahli parlimen yang selalu bercakap tentang antirasuah dan salah guna kuasa, YBSS mestilah jujur, matang dan bersikap terbuka dalam hal ini. Jangan politikkan isu ini dan kononnya ada usaha untuk membawa beliau lompat parti dalam kes ini. Sila jelaskan kepada mahkamah jika mahu rakyat mempercayai beliau. Jika benar tidak bersalah, tidak perlu takut.

4. Rasuah politik dan integriti yang paling rendah ialah tindakan ‘LOMPAT PARTI’ dalam kalangan ahli politik yang memberi kesan besar terhadap integriti dan governans negara. Satu undang-undang khas wajar diperkenalkan menerusi AKTA PARTI POLITIK MALAYSIA (APPM) bagi memastikan hal ini dapat dikawal.

5. APPM mestilah merangkumi pengurusan pendaftaran parti politik dan mengawal segala hal berkaitan kewangan dan laporan tahunan serta hal-hal lain demi memastikan tiada salah urus atau salah guna kuasa berlaku. Ianya lebih menyeluruh dari sekadar mengawal isu pendanaan parti politik seperti yang dicadangkan melalui Akta PDEA.

(Penulis ialah
PRESIDEN
MALAYSIA CORRUPTION WATCH)

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here