Kapal pengangkut dron tempur Turki, TCG Anadolu. Foto Defence Security Asia - Baykar Defense.

KUALA LUMPUR – Turki dijangka menjadi negara pertama yang mempunyai kapal pengangkut pesawat tempur tanpa pemandu atau dron tempur.

Ini berikutan usaha Baykar Defense, pengeluar pesawat tanpa pemandu Turki, yang kini membangunkan dron tempur dipanggil “MIUS” yang boleh berlepas dan mendarat daripada kapal penyerang amfibia, TCG Anadolu.

Kapal ‘Anadolu’ yang digelar kapal pengangkut mini merupakan kapal LHD seberat 27,400 tan (full displacement) yang dijangka memasuki operasi Tentera Laut Turki pada tahun depan, lapor portal Defence Security Asia.

TCG Anadolu pada asalnya mengangkut F-35B Lightning buatan Amerika Syarikat yang dirancang dibeli Turki tetapi perkara itu tidak menjadi kenyataan berikutan terdapat pertikaian antara kedua-dua negara apabila Turki membeli sistem pertahanan udara S-400 buatan Rusia.

Menurut syarikat Baykar itu, ‘MIUS’ akan dilengkapkan dengan enjin jet ‘A1 25’ buatan syarikat Ukraine, Ivchenko Progress dan mampu terbang pada kelajuan 1.5 Mach dan setinggi 40,000 kaki.

Selain itu, ia juga mampu membawa 1.5 tan senjata terdiri daripada bom, peluru berpandu udara-ke-udara dan peluru berpandu udara-ke-darat.

Dron tempur ‘MUIS’ keluaran Baykar. Foto Defence Security Asia – Baykar Defence

Kapal TCG Anadolu juga dilaporkan mampu mengendali kira-kira 50 buah dron Bayraktar TB3 yang juga dihasilkan oleh Baykar Defense.

“MIUS” bukan sahaja boleh beroperasi secara bebas atau bersendirian menggunakan teknologi kepintaran buatan (AI) tetapi juga boleh terlibat dalam operasi bersama pesawat pejuang F-16 dan pesawat Gen-5 yang lain.

Sementara itu, Baykar turut menyatakan bahawa dron “Bayraktar TB3” iaitu versi laut (naval version) yang dipertingkatkan daripada “Bayraktar TB2” akan beroperasi daripada TCG Anadolu.

Dron “Bayraktar TB3” dan dron jet “MIUS” akan beroperasi bersama-sama atas dek kapal TCG Anadolu itu.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here