KUALA LUMPUR – Ahli politik yang berdepan dengan kes mahkamah tidak sewajarnya membuat tuduhan kononnya pendakwaan ke atas mereka bersifat politik atau bermotif politik hanya kerana mereka yang menghadapinya.

Tan Sri Shahrir Abd. Samad berkata, seseorang itu tidak boleh membisu tentang pendakwaan seumpama ini ketika berada dalam kerajaan, apabila berada di luar kerajaan (atau menjadi pembangkang), dakwaan ke atas mereka adalah bersifat politik.

“Apabila Syed Saddiq (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) menuduh kerajaan Perikatan Nasional (PN) buat pendakwaan bersifat politik, saya beritahu sahabat saya sebenarnya kita tak boleh bertukar sikap ikut kedudukan kita.

“Bila dalam kerajaan, membisu terhadap pendakwaan politik. (Tetapi) bila sudah di luar dan didakwa pula, diangkat hujahan ia pendakwaan politik pula,” kata Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru dalam catatan terbaharu di Facebooknya hari ini.

Shahrir berkata, sebagai bekas anggota Kabinet, teguran terhadap kerajaan tetap boleh dilakukan tetapi lebih elok dilakukan secara dalaman dengan bersandarkan fakta yang jelas berbanding secara terbuka.

“Kesimpulannya, sebagai ahli Jemaah Menteri, kita sentiasa berpeluang memberi pandangan kita terhadap perkara yang di luar portfolio kita. Akhirnya, ia tanggungjawab bersama atau ‘collective responsibility’,” tambah beliau.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here