KREDIT: Wikimedia Commons/Asao Tokolo / Public domain

 

KUALA LUMPUR – Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 tanpa atase media sebenar-benarnya.

Difahamkan tiga hari lepas, Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi Temasya Sukan, Norhashimi Husain diminta hadir ke taklimat atase media di Tokyo.

Atase media bertugas dengan baik sewaku temasya Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016. Paling akhir bekas Pengarang Sukan Malay Mail, G. Anthony Mariadass dilantik atase media di Rio de Janeiro.

SATWANT DHALIWAL

Maradass ialah penyelaras media bagi MOM sewaktu petadbiran Low Beng Choo sebagai setiausaha badan olimpik kebangsaan itu.

Penasihat Media MOM sekarang, Satwant Dhaliwal sepatutnya disenaraikan ke Tokyo tetapi amat malang, namanya difahamkan tenggelam kemudian.

Apakah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau MOM tidak merasakan tugasan atase media tidak penting dalam temasya kali ini?

Peluang Satwant mungkin lebih terbuka jika atase media diperlukan pada Sukan Komanwel di Birmingham tahun depan.

ANTHONY MARIADASS

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here