Mila Jirin sebagai Pengarah Urusan Bizmilla Holding Sdn. Bhd.

 

Oleh Khadijah Ibrahim

SEJAK pandemik Covid-19 melanda dunia, ada perniagaan yang terpaksa tutup kerana pemilik tidak mampu lagi menanggung kos operasi. Tidak kurang juga yang terpaksa mengecilkan operasi dan menamatkan perkhidmatan pekerja.

Biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan menanggung kerugian, penyanyi Mila atau Noorsyarmilla Jirin, 34, belum sampai tahap ke arah itu. Sebagai Pengarah Urusan Bizmilla Holdings Sdn. Bhd., beliau sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian.

Dalam usaha untuk mengatasi masalah itu, Mila mengambil langkah menjalin kerjasama strategik dengan Malakat Eco Mall melalui Kempen RM5 Juta Tunai Percuma bermula 31 Julai ini.

Mila bersama suami, Ahmad Ailis, Pengarah Eksekutif Bizmilla dan anak kesyangan, Mohamed Arif Zikri.

Beliau berharap kolaborasi berkenaan dapat dimanfaatkan lebih 100,000 keluarga termasuk yang bergelut di era pandemik Covid-19.

“Dengan kolaborasi ini, Bizmilla dan Malakat Mall memperuntukkan RM5 juta dalam bentuk Cash Back atau pulangan tunai kepada semua pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.

“Kempen RM5 Juta Tunai Percuma ini akan dilancarkan pada 31 Julai ini di laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula pada pukul 10 pagi.

“Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli-belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila-bila masa menggunakan E – Wallet di Malakat Eco App,” katanya yang popular dengan lagu Aku Lebih Tahu.

Tambahnya, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai Vip Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.

Mila harap kerjasama Bizmilla dengan Coach Fadzil dari Malakat Eco Mall (kiri) dapat membantu meringankan bebanan ramai keluarga.

Jelas Mila, baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Malah mereka yang menjadi VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli-belah di Malakat Grocer.

“Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain. Apa yang Bizmilla dan Malakat Grocer lakukan adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup pelanggan dan memberi tambah nilai setiap ringgit yang dibelanjakan.

“Memang besar harapan saya supaya kempen ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga kota khususnya yang terkesan saat ini. Impian saya, kalau boleh nak bantu lebih 100,000 keluarga di Malaysia.

“Diharap semua warga terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka tidak ketinggalan untuk bersama menyertai Kempen RM5 Juta Tunai Percuma ini, kerana ia sebuah inisiatif yang sangat bermakna buat saya dalam membantu mereka yang susah,” kata juara Akademi Fantasia musim kelima itu.

Penyayi kelahiran Pulau Pinang itu menjelaskan, Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer iaitu pasaraya atas talian yang akan menjual pelbagai jenis keperluan asas dan barangan harian dengan harga yang berpatutan.

Mila sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian untuk memastikan pekerja Bizmilla terus memperolehi pendapatan tetap.

“Bizmilla Grocer ini akan dilancarkan pada awal Ogos depan. Inisiatif ini dilihat dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat di Semenanjung Malaysia kerana penghantaran percuma diberikan bagi pembelian lima kilogram dan ke bawah melalui pembelian dari platform Shopee,” kata isteri kepada Ahmad Ailis dan ibu kepada Mohamed Arif Zikri.

Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, berkata, beliau sangat teruja dengan kempen yang dianjurkan kerana ia dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 100,000 keluarga.

Beliau berkata, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.

“Contoh jika perbelanjaan barangan keperluan bagi sebuah keluarga yang besar mencecah RM1,000 sebulan, mereka akan mendapat tambahan ‘cash back’ sebanyak RM100. Ia boleh terus dibelanjakan di Malakat Grocer,” kata Coach Fadzil.

Selain di Cyberjaya, cawangan pasaraya (Malakat Grocer) ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.

Coach Fadzil harap Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dapat memberi manfaat kepada pengguna.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here