JDT akan menjalin kerjasama dengan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia yang akan mengeluarkan rekaan edisi terhad bertemakan JDT.

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak terbaik negara ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakar sejarah lagi apabila bekerjasama dengan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia dari United Kingdom (UK).

JDT memaklumkan, kerjasama itu akan menyaksikan Aston Martin mengeluarkan rekaan edisi terhad bertemakan JDT untuk rangkaian kereta keluarannya.

“Kereta itu pula akan dijual kelab JDT. Kami berbangga serta gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat jenama itu yang berpusat di UK dan mempunyai pejabat di Asia.

“Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, malah membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang,” demikian menurut JDT dalam satu  kenyataan, di sini hari ini.

Kerjasama itu juga boleh digambarkan antara juara dalam bidang masing-masing, dengan JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, manakala Aston Martin pula juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020.

“JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan.

“Aston Martin Racing pula merupakan salah satu jenama antarabangsa yang bekerjasama dengan Harimau Selatan,” jelas kenyataan itu.

JDT akan menjalin kerjasama dengan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia yang akan mengeluarkan rekaan edisi terhad bertemakan JDT.

Antara jenama terkemuka antarabangsa lain yang menjadi penaja dan rakan strategik JDT termasuk Unicef, Nike, Hublot, Subway, F&N dan Swag Ev.

“Kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa itu juga menunjukkan peningkatan JDT sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa sejak kelab itu ditubuhkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2013,” tambah kenyataan itu.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here