KLANG – Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Dewan Sukan Klang Taman Sri Andalas akhirnya akan dipindahkan ke Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang jumaat ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd.Zawawi Ahmad Mughni, pemindahan CAC tersebut dibuat atas faktor desakan penduduk.

“Kita menerima permintaan dan desakan penduduk setempat yang inginkan CAC di sini dipindahkan ke tempat lain.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) inginkan kawasan CAC yang besar dan kita telah mendapat tempat baharu sebesar enam court badminton di Pelabuhan Klang,”katanya kepada pemberita di Surau An’Naim hadapan CAC Taman Sri Andalas hari ini.

Terdahulu tular klip video penduduk setempat membuat bantahan di kawasan CAC Taman Sri Andalas dan mendesak ia segera dipindahkan ke kawasan kurang penduduk.

CAC Taman Sri Andalas tersebut terletak di kawasan perumahan dan berdepan dengan Surau An’Naim yang menyebabkan penduduk dan kariah surau terpaksa menutup tingkap dan pintu sepanjang masa.

Sementara itu seorang penduduk setempat, Zahid Suffian, 57, berkata, beliau lega tiada lagi CAC di kawasan perumahan tersebut.

“Hari-hari beribu orang beratur untuk ke CAC di depan rumah. Kesemuanya positif Covid-19. Sudah pasti saya lega dengan pemindahan CAC tersebut,”katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here