Oleh Prof. Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil

TIDAK pernah terjadi dalam sejarah negara sejak merdeka bahawa pembatalan ordinan darurat hanya dibuat oleh kabinet dan seterusnya kabinet menasihati Agong.

Agong seolah-olah dipaksa untuk memperkenankan nasihat itu mengambil Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutan walaupun Agong tidak bersetuju. Agong menggunakan Perkara 150 (2B) dan Perkara 44.

Tindakan oleh kabinet terutamanya bila mana Menteri Undang-undang dan Peguam Negara telah dititahkan oleh Agong untuk Parlimen membahas dan membuat ketetapan mengenai Ordinan Darurat 2021 dan pembatalan Ordinan Darurat 2021 oleh kabinet pada 21 Julai tanpa perkenan Agong membawa implikasi yang sangat besar dari segi undang-undang dan politik.

Adab, kesusilaan dan budaya Melayu sejak zaman berzaman sentiasa menjunjung kasih ke atas Raja selagi mana ia tidak berlawanan dengan Syarak dan undang-undang. Sejarah telah mengajar kita akan implikasinya sekira Raja murka (amat berdukacita).

* Penulis ialah Deputy CEO, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia
30 Julai 2021

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here