Oleh Zainal AS Rashid

KERAJAAN Jepun pada Jumaat (30 Julai) sedang bersedia untuk memperluaskan keadaan darurat Covid-19 di negara itu ke Osaka dan tiga wilayah berhampiran Tokyo.

Tindakan tersebut adalah berikutan lonjakan bilangan kes jangkitan harian yang semakin membebankan sistem kesihatan negara itu, justeru dilihat sebagai mengancam perjalanan sukan Olimpik yang sedang berlangsung, lapor forbes.com.

Menurut Kyodo News keadaan darurat di Tokyo yang sepatutnya berakhir pada 22 Ogos akan dilanjutkan ke 31 Ogos.

Kawasan Chiba, Kanagawa dan Saitama telah disenaraikan untuk dilaksanakan perintah darurat, selain Osaka.

Pengumuman rasmi akan dibuat oleh Perdana Menteri Yoshihide Suga pada lewat Jumaat (30 Julai) dan darurat akan mula berkuat kuasa dari Isnin depan.

Di bawah perintah darurat semua restoran dan bar yang menyediakan alkohol akan diarahkan tutup dan kerajaan akan membayar ganti rugi di atas kerugian yang dialami.

Terbaharu, Jepun mencatatkan lebih daripada 10,000 kes harian buat kali pertama pada Khamis, dengan Tokyo melaporkan 3,853 kes.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here