Oleh Yusoff Ahmad Shariff

VIRUS baharu yang pertama kali dikesan di bandar raya Nanjing, China kini telah merebak ke lima wilayah, termasuk Beijing.

Penularan jangkitan terbaharu itu disifatkan oleh media China sebagai yang terbesar selepas krisis Covid-19 di Wuhan.

Setakat ini hampir 300 orang telah dijangkiti sejak virus tersebut dikesan di lapangan terbang Nanjing pada 20 Julai.

Semua penerbangan dari lapangan terbang itu telah digantung sehingga 11 Ogos.

Selain itu, pihak berkuasa juga telah memulakan program ujian secara besar-besaran walaupun dikecam ramai kerana dikatakan gagal.

Di bawah program tersebut kesemua 3.9 juta penduduk bandar raya itu, termasuk orang luar akan diwajibkan menjalani ujian, lapor agensi berita Xinhua.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here