KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini menerima sumbangan sejuta dos vaksin dan 4.5 juta unit peralatan perubatan pelbagai jenis daripada Arab Saudi berjumlah RM21 juta.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini bukan kali pertama selepas Mei tahun lalu Arab Saudi menyumbang kira-kira lapan juta peralatan sekaligus menjadi penyumbang terbesar Covid-19 kepada negara setakat ini.

“Bukan sedikit sumbangan Covid-19 yang kita terima secara percuma daripada Kerajaan Arab Saudi

“Sejumlah 4.5 juta peralatan perubatan pelbagai jenis dan sejuta dos Astra Zeneca. Alhamdulillah,” ujar beliau menerusi Facebook hari ini.

Hishammuddin turut menjunjung kasih terhadap penjaga dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz al Saud dan Putera Mahkota, Mohammed Salman serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Arab Saudi di atas keprihatinan.

“Semoga hubungan kedua-dua negara yang kembali akrab sejak Mac tahun lepas akan kekal utuh,” katanya.

Beliau memberitahu, peralatan perubatan itu termasuk ventilator, oxygen concentrator, pelitup muka perubatan, sarung tangan dan lebih 10 alat perubatan lain.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here