Oleh Zainal AS Rashid

PIHAK berkuasa Manitoba telah menghantar balik sebanyak 5,500 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca-Oxford ke Ottawa pada Jumaat (30 Julai).

Kesemua dos yang terdiri stok yang akan luput pada akhir Ogos itu akan disumbangkan kepada negara-negara yang memerlukan vaksin, lapor cbc.ca.

Pada Mei lalu Manitoba telah mengumumkan had untuk mendapatkan dos vaksin pertama AstraZeneca bagi kebanyakan penduduk wilayah tersebut berikutan isu kekurangan bekalan, selain kebimbangan berhubung kesan sampingan.

Pemberian vaksin AstraZeneca pada masa akan datang hanya akan diperuntukkan bagi mereka yang telah mendapat dos pertama dan tidak mahu menerima vaksin jenis mRNA daripada Pfizer-BioNTech atau Moderna.

Setakat Jumaat (30 Julai) sebanyak 79.5 peratus penduduk Manitoba telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, sementara 69.3 peratus telah mendapat dua dos.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here