Jais Abdul Karim

KUALA LUMPUR-Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menjunjung kasih titah baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan amat berharap negeri-negeri lain juga mengambil tindakan yang sama dengan menarik semula semua anugerah kebesaran daripada penerima yang disabitkan dengan kes rasuah dan jenayah yang lain.

Menurut Presiden MCW, Jais Abdul Karim, para pegawai kerajaan negeri termasuklah tokoh korporat, politik atau mana-mana individu yang telah menerima anugerah kebesaran ini sepatutnya menunjukkan contoh teladan dan moral yang baik, mempunyai nilai etika yang tinggi serta berintegriti dan mempunyai sikap sifar rasuah yang tegas.

“Pesalah dalam kalangan pegawai ini yang telah didapati bersalah juga perlu disenaraikan dalam senarai ‘named and shamed’ bukan sahaja dalam portal SPRM tetapi disiarkan dalam akhbar dan media perdana akan pelucutan anugerah kebesaran individu berkenaan.

“Perkhidmatan awam diperingkat nasional dan negeri juga perlu turut mewujudkan ruangan “name & shame” dalam portal JPA atau Kerajaan Negeri agar disebarluas untuk pengetahuan umum,”katanya.

Media melaporkan baru-baru ini, Sultan Selangor bertitah, mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang dikurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat Negeri Selangor dan didapati melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here