GAMBAR: Aziz A. Shariff.

 

Oleh Fetty Rara

Dua masjid tertua dan bersejarah di Melaka ditutup sementara bagi kerja sanitasi untuk mengekang penularan Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka Datuk Sukri Che Mat berkata Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Kling yang terletak di tengah bandar raya bersejarah itu dinasihatkan supaya ditutup oleh pihak berkuasa kesihatan pada Khamis (29 Julai) hingga 4 Ogos setelah beberapa orang jemaah didapati positif Covid-19.

Beliau memberitahu media bahawa jabatan tersebut telah meminta jawatankuasa pengurusan kedua-dua masjid supaya menghentikan semua aktiviti buat sementara waktu.

Che Sukri turut menggesa kerajaan negeri supaya menghulurkan bantuan makanan kepada ahli jemaah kedua-dua masjid yang sekarang dikuarantin.

Masjid Kampung Kling dibina pada 1748 oleh pedagang Muslim dari selatan India, sementara Masjid Kampung Hulu dibina pada 1728 semasa penjajahan Belanda.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here