Pelumba muda terbaik: Adlan rampas Jersi Hitam TdIJ 2019

0
204
Muhammad Shaiful Adlan gembira dapat memenangi Jersi Hitam pada perlumbaan TdLJ 2019 dari Muar ke Yong Peng, Johor pada 18 April 2019.
(GAMBAR) MUHAMMAD SHAIFUL ADLAN gembira dapat memenangi Jersi Hitam pada perlumbaan TdLJ 2019 dari Muar ke Yong Peng, Johor pada 18 April 2019.

 

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

Saya akan melawan habis-habis esok untuk mempertahan jersi ini. Tahun ini merupakan kali pertama saya bersama TSC. Saya pasti mahu memberikan yang terbaik untuk diri dan pasukan.

AYER HITAM – Pelumba Malaysia, Muhammad Shaiful Adlan Mohd. Shukri dari Team Sapura Cycling (TSC) membuktikan dia merupakan pelumba muda berbakat negara apabila berjaya merampas Jersi Hitam pada perlumbaan peringkat kedua Tour de Iskandar Johor (TdIJ) 2019 dari Muar ke Yong Peng, hari ini (18 April 2019).

Adlan, 21, membuktikan sasarannya tercapai pada perlumbaan hari ini untuk mendapatkan jersi tersebut selepas terlepas kepada Evan Burtnik daripada XSpeed United yang memenangi jersi itu semalam.

Menurut anak kelahiran Kuala Terengganu itu, dia akan memberikan kayuhan bertenaga pada perlumbaan peringkat terakhir esok bagi mempertahan jersi tersebut untuk pasukan dan amnya, Malaysia.

“Saya akan melawan habis-habis esok untuk mempertahan jersi ini kerana persaingan dalam kalangan pelumba muda begitu sengit.

“Tahun ini merupakan kali pertama saya bersama TSC. Saya pasti mahu memberikan yang terbaik untuk diri dan pasukan,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Adlan berkata, untuk perlumbaan terakhir esok (19 April 2019), dia akan mendengar nasihat jurulatihnya dengan baik bagi memastikan taktikal pasukan dilaksanakan dengan sempurna.

“Saya juga akan cuba, kalau boleh menang pada peringkat akhir esok dan terus mempertahan Jersi Hitam sebagai perlumba muda terbaik kejohanan,” ujarnya.

Tambahnya, perlumbaan TdIJ 2019 kali ini memberi pendedahan berharga kepadanya apabila dapat berlumba bersama-sama pelumba profesional dan veteran lain yang berpengalaman luas.

— BebasNews.my

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here