Sebahagian dari peserta perhimpunan. Foto NST

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di Dataran Merdeka yang diadakan di sini hari ini (31 Julai).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti penganjur perhimpunan itu.

Tindakan susulan akan diambil dan pihak polis mempunyai kaedah untuk mengenal pasti mereka.

Mohamad Zainal tidak menolak penganjur perhimpunan kali ini juga terlibat dalam konvoi ‘Bendera Hitam’ pada Sabtu lalu, lapor Sinar Harian.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, beliau menganggarkan seramai 400 orang hadir dalam perhimpunan itu ‘Keluar dan #Lawan’.

Beliau berkata, meskipun mereka memakai pelitup muka tetapi mereka gagal untuk mematuhi penjarakan sosial dan tiada siapa dibenarkan untuk berhimpun atau terlibat dalam perhimpunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kita dapati semua memakai pelitup muka, namun dari segi penjarakan fizikal mereka mungkin terlupa kerana apabila berjalan mereka rapat antara satu sama lain,” katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here