Oleh Fetty Rara

SEORANG pelari pecut Belarus diletakkan di bawah perlindungan pihak berkuasa Jepun pada Isnin (2 Ogos), sehari selepas beliau meluru ke arah polis untuk menyelamatkan diri di lapangan terbang Tokyo.

Beliau mendakwa pasukannya telah memaksa beliau pulang ke negara berikutan kritikan terbuka terhadap pelatihnya di Sukan Olimpik Tokyo, lapor nbcnews.com.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pihak berkuasa Jepun mengesahkan bahawa pelari pecut, Krystina Tsimanouskaya meminta perlindungan daripada beberapa anggota polis di Lapangan Terbang Haneda pada Ahad setelah beliau enggan menaiki pesawat untuk pulang ke Minsk.

Dalam sebuah video yang dikongsi oleh Yayasan Solidariti Sukan Belarus (BSSF) melalui media sosial, Tsimanouskaya, 24, berkata bahawa pasukannya telah cuba memaksa beliau meninggalkan Jepun tanpa kerelaannya.

Pihak IOC mengesahkan melalui satu tweet pada Ahad bahawa Tsimanouskaya kini berada di bawah perlindungan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

Sementara itu, Poland muncul untuk menawarkan perlindungan kepada Tsimanouskaya.

Timbalan Menteri Luar Poland, Marcin Przydacz melalui Twitter berkata bahawa Poland akan segera menawarkan visa kemanusiaan kepada Tsimanouskaya untuk tinggal di Poland dan meneruskan karier sukannya di negara itu.

Selain itu, Tsimanouskaya juga mungkin akan mendapatkan suaka di Jerman atau Austria.

Presiden Belarus Alexander Lukashenko dikecam meluas oleh dunia kerana tindakan ganas ke atas pembangkang politik di negara itu.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Belarus adalah anak lelaki Alexander, Victor Lukashenko.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here