GAMBAR: Wikimedia Commons.

 

Oleh Zainal AS Rashid

PEJABAT Ketua Menteri Sarawak pada Selasa (3 Julai) menasihatkan mereka yang berhasrat menempah ruang iklan dalam media untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir ke-71 kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Open supaya lebih baik menyumbang kos iklan itu kepada Tabung bencana Covid-19 Negeri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri, Abang Johari yang menyatakan penghargaan di atas kebaikan dan ingatan semua mahukan agar mereka tidak mengeluarkan letakkan iklan tetapi membuat sumbangan kepada tabung tersebut.

Abang Johari yang merupakan anak kepada Gabenor pertama Sarawak Tun Abang Openg Abang Sapiee dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang, Sarawak.

Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6 pada 13 Jan 2017 setelah penyandang terdahulu Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia pada 11 Januari tahun sama.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here