KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan rekod tertinggi 19,819 kes baharu Covid-19 dan 257 kematian.

Rekod terdahulu ialah 17,786 kes yang dicatatkan Sabtu lalu dan 219 kematian pada Isnin lalu.

Sebanyak 12,704 kes pulih direkodkan, menjadikan keseluruhan 962,733 daripada 1,183,110 pesakit Covid-19 sudah sembuh, manakala 9,855 lagi meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 210,522 kes aktif, dengan 553 daripada 1,069 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi, dengan 8,377 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (2,467), Kedah (1,371), Johor (1,162), Kelantan (1,003), Sabah (949), Pulau Pinang (867), Negeri Sembilan (800), Perak (662), Pahang (558), Sarawak (552), Melaka (508), Terengganu (481), Putrajaya (46), Perlis (11) dan Labuan (5).

Kelantan dan Pulau Pinang mencatatkan rekod tertinggi untuk jumlah kes harian Covid-19.

https://bit.ly/3iovCyK
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here