KUALA LUMPUR – Kerjaya seorang anggota polis ketika pandemik Covid-19 amat penting dan mencabar apabila menjadi antara petugas barisan hadapan.

Mereka memikul tanggungjawab menjaga keselamatan rakyat dan negara termasuk mengadakan Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengawal pergerakan orang ramai dan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP).

Di sebalik kesibukan tugasan, baru-baru ini tular sebuah video TikTok menerusi akaun Eyra_Wan’z yang menunjukkan seorang wanita terserempak dengan polis yang merupakan suaminya.

Perbualan pasangan suami isteri yang kelihatan santai dan romantik itu menarik sebanyak 3.8 juta tontonan.

Video itu juga telah menerima 3,407 komen, 289,100 tanda suka dan 4,196 perkongsian.

Sejurus kereta yang dipandu wanita itu berhenti di SJR, si suami bertanyakan kad pengenalan diri dan surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Surat ada tak. Lesen ada? Mai tunjuk surat MITI sekali,” katanya.

Si isteri menjawab pertanyaan sambil ketawa kecil dan sempat menunjukkan isyarat tangan dengan cantuman dua jari telunjuk dan ibu jari yang membawa maksud mini love.

Si suami yang dikenali sebagai Ridwan seolah-olah enggan melayan godaan si isteri cuba bertegas dengan tanggungjawabnya sebagai anggota polis.

“Kalau kerja, kita kerja. Kalau bercinta kita bercinta. Undang-undang tetap undang-undang,” katanya.

Si isteri kemudian memberi respon manja sambil mengusik si suami.

“Nanti balik tidur kat luar ya. Nanti kalau balik tidur luar ya,” ujarnya.

Ridwan cuba mengalih kepada topik lain dengan mengingatkan isteri supaya mematuhi SOP.

“Awak pakai mask (pelitup muka). Mask kena pakai,” katanya.

Menerusi video itu, Eyra_Wan’z turut mencoret catatan;

“Apabila kau jumpa suami masa buat sekatan jalan raya. Buat-buat tak kenal. Tak mengapa, malam nanti tidur luar yar. #abampolis_i_love_u.”

Video tersebut turut menerima pelbagai komen yang mencuit hati pengguna TikTok.

Seorang pengguna yang dikenali sebagai Irfan memberi respon selamba; “Tidur luar terus senyap. Lesen kakak ini lagi kuat.”

Yiennn pula menulis; “Da nama suami isteri. Sesekali isteri bergurau. Tahu pekerjaan polis yang kena tegas. Selalu dengan rakyat, sesekali isteri bergurau. Ceria sikit bekerja.”

Abang Idola81 pula menyokong si suami apabila memuji tindakannya yang tegas ketika menjalankan tugas.

“Terbaik abang polis. Tidak kira di mana sekali pun. Kita kena tegas,” katanya.

@eyra980Reply to @zuzyloverzyirul 🤣😂 di sblik mask tu.Dia tgh gelakkan kita tau.Dgn wife sndiri dia mmg x pndai nk tunjuk muka serious.😝acah2 katakan. 😂

♬ original sound – Eyra_Wan’z

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here