Oleh Zainal AS Rashid

SATU rangkaian besar mengandungi lebih daripada 350 profil media sosial palsu didapati digunakan untuk menyebar naratif pro-komunis China, selain cuba memburukkan pihak-pihak yang menentang dasar kerajaan negara itu.

Menurut satu kajian baharu oleh Pusat Maklumat Sahih (CIR) tujuan rangkaian komunis China itu ialah untuk ‘membuktikan’ kononnya segala kecaman barat terhadap negara tersebut adalah palsu, lapor bbc.com.

Kajian mendapati bahawa rangkaian profil palsu itu ditularkan bersama pelbagai lakaran kartun yang memburukkan pihak yang mengkritik China, termasuk jutawan China dalam buangan, Guo Wengui.

Lain-lain tokoh berkontroversi yang disasarkan ialah saintis Li-Meng Yan dan perunding strategi Donald Trump, Steve Bannon.

Selain lakaran kartun, setiap individu ‘dibuktikan’ kononnya menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat berhubung Covid-19.

Terdapat juga antara akaun yang tersebar melalui Twitter, Facebook, Instagram dan YouTube dijana melalui kaedah kecerdasan buatan (AI), sementara yang lainnya melalui akaun sahih yang telah digodam.

Ada juga akaun yang tertumpu pada usaha penafian tindakan zalim dan penindasan ke atas masyarakat etnik Muslim di Xinjiang.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here