GAMBAR: Aziz A. Shariff.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

Mereka yang telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 akan diberikan kelonggaran, termasuk melakukan perjalanan rentas negeri.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata pengumuman akan dibuat dalam sehari dua lagi setelah pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) menimbang dan mengkaji perkara tersebut.

Beliau memberitahu media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di Felda Lenga, Pagoh, Johor pada Khamis (25 Julai) bahawa kelonggaran akan juga membabitkan sektor sosial, termasuk membenarkan makan di dalam restoran, beriadah dan bersukan.

Muhyiddin, bagaimanapun, berkata walaupun kelonggaran diberikan namun orang ramai masih perlu mengamalkan SOP kerana negara belum mencapai imuniti kelompok.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here