BUTTERWORTH – Seorang Peguam Kanan Persekutuan didenda RM130,000 dan dipenjara sehari selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM700,000 tahun lalu.

Tertuduh, Lim Cheah Yit, 43, sebelum itu mengaku bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, dia sebagai pegawai badan awam iaitu Peguam Kanan Persekutuan yang bertugas di Jabatan Peguam Negara Pulau Pinang telah bersetuju menerima untuk dirinya wang tunai berjumlah RM700,000.

Dia didakwa menerimanya daripada seorang lelaki yang diketahui mempunyai urusan rasmi yang akan dijalankan dengan Pegawai Pendakwaan Negeri Pulau Pinang iaitu bagi menuduh seorang lelaki lain di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa bersetuju menerima RM500,000 di dalam bilik sebuah pusat karaoke di Gurney Paragon Mall, dekat sini kira-kira pukul 7 malam 8 Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Cheah Yit didakwa bersetuju menerima RM100,000 di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 12.43 tengah hari pada 18 Mei 2020.

Peguam Kanan Persekutuan didenda RM130,000, penjara sehari kerana rasuah

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here