Oleh Fetty Rara

LEGENDA badminton perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohd Azizul Hasni kerana berjaya mendapat pingat perak pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Melalui Facebook Chong Wei berkata “Berdebar satu Malaysia menyaksikan pecutan mu. Bersorak satu Malaysia pabila kamu menerjah untuk mendapatkan perak (pingat). Berbangga satu Malaysia melihat bendera (Jalur Gemilang) dikibarkan.”

Begitu bangga Chong Wei dengan pencapaian bersejarah yang oleh pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Chong Wei yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 turut yakin Mohd Azizulhasni, 33, mampu meneruskan hasrat untuk merangkul pingat emas Olimpik pertama negara pada Olimpik 2024 di Paris.

Chong Wei sendiri pernah memenangi pingat perak pada Olimpik Beijing 2008.

“Gangsa dan perak you dah ada…I yakin emas dalam genggaman di Paris nanti,” kata Chong Wei lagi.

Pada saingan peringkat akhir  di Velodrom Izu, penyandang juara Jason Kenny dari Britain menguasai perlumbaan sehingga penamat bagi mengekalkan kejuaraannya.

Mohd Azizulhasni, 33, melintasi garis penamat untuk pingat perak, manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen yang memenangi pingat emas dalam acara pecut lelaki, meraih pingat gangsa.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here