Oleh Zainal AS Rashid

PENYANYI Siti Sarah Raisuddin yang sejak beberapa hari lalu bergelut dengan Covid-19 meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi Isnin (9 Ogos) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras.

Petang Jumaat lalu apabila keadaan beliau semakin merosot ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) para doktor terpaksa melakukan pembedahan selama tiga jam bagi menyelamatkan anak dari dalam kandungan.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir tanpa berpeluang untuk memegang anak lelaki yang dikandungi selama lapan bulan itu.

Bayi itu dinamakan Ayash Affan.

Berita kematian Siti Sarah dikongsi oleh suaminya, Shahmira Muhamad yang lebih dikenali dengan nama Shuib Sepahtu melalui Instagram.

Siti Sarah dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos lalu setelah mengalami batuk teruk dan tahap oksigen rendah.

Beliau kemudian ditidurkan pada hari yang sama.

Seluruh keluarganya turut didapati positif Covid-19 sejak 25 Julai dan telah menjalani ujian apabila pembantu rumah mereka disahkan positif.

Selain Ayash Affan, Siti Sarah mempunyai tiga anak, iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply