KUALA LUMPUR – Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid masih menerima rawatan dan keadaannya stabil di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras dekat sini.

Anak bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) itu, Ariff Tuah Ahmad Sarji berkata demikian untuk menafikan viral dalam media sosial yang menyebut bahawa bapanya meninggal dunia akibat Covid-19 pada pagi 9 Ogos 2021.

”Ayah saya masih menerima rawatan di Wad ICU,”

Seterusnya, Ariff Tuah memohon orang ramai berdoa agar dianugerahkan kesembuhan kepada bapanya.

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu dimasukkan ke hospital berkenaan pagi 3 Ogos 2021 berikutan jangkitan Covid-19. Dua hari kemudian ke Wad ICU dan menerima rawatan sehingga sekarang.

Ahmad Sarji juga Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here