Oleh Yusoff Ahmad Shariff

IMAM Masjid Negara Khisamudin Ismail, 53, meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.00 pagi Sabtu (14 Ogos).

Berita kematian beliau yang dimuat naik ke Facebook oleh pihak Masjid Negara berkata Allahyarham Khisamudin meninggal dunia kerana komplikasi jantung di rumahnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Penolong Pegawai Penerangan Masjid Negara Ahmad Faizal Azman berkata jenazah Allahyarham telah dikebumikan pada pukul 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Batu Arang.

Allahyarham yang mula bertugas di Masjid Negara pada April 2014 meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.

Sebelum itu, pada 2018 Allahyarham merupakan antara tenaga pengajar di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) dan kemudian kembali bertugas di Masjid Negara pada Jun 2020.

-BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply