KUALA LUMPUR – Pejabat Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung pemilihan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9 menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penafian itu dibuat Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung PN menerusi hantaran di Facebook selain Pejabat Perdana Menteri sendiri hari ini.

Kenyataan media palsu bertajuk ‘Ismail Sabri Penyambung Legasi Kejayaan Pemulihan’ mula tular di media sosial hari ini.

Kenyataan media palsu bertajuk ‘Ismail Sabri Penyambung Legasi Kejayaan Pemulihan’ mula tular di media sosial hari ini susulan laporan media mengaitkan isu peletakan jawatan Perdana Menteri, esok.

Kenyataan itu antara lain turut menyebut bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diberikan kepada Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin.

Sementara itu, laporan The Star melaporkan bahawa ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz telah menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Saya sudah tandatangan SD dan saya rasa semua ahli Parlimen UMNO patut sokong, termasuk yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dia bukan lagi Perdana Menteri, jadi tiada sebab untuk tidak tandatangan,” kata Nazri.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here