Dr Jeannie Ho menerangkan tentang program baharu Fin Tech di USCI secara maya.

KUALA LUMPUR – Seiring dengan kemajuan sains dan teknologi di seluruh dunia, keperluan terhadap graduan bidang teknologi kewangan (Fintech) yang berkualiti tidak dapat dielakkan lagi malah mendapat perminataan di pasaran oleh majikan-majikan syarikat peringkat multinasional, kata pemain industri.

Perunding Kewangan dan Perakaunan Global Shared Services, Dr Jeannie Hoh berkata pada masa akan datang bidang ini bukan sekadar terhad kepada teknologi dan kewangan malah ia akan meluas kepada bidang lain.

“Sinergi antara kewangan dan teknologi sentiasa menjadi rebutan majikan-majikan syarikat multinasional yang mencari graduan berkemahiran dalam kewangan, teknologi dan pengurusan.

“Ini membolehkan manusia bekerja dengan mesin untuk membangun, mengautomatikkan dan meningkatkan tenaga kerja hari ini serta bagi proses yang kompleks, kecekapan masa juga penyelesaian perniagaan,” katanya ketika majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kewangan (Kepujian) Universiti UCSI yang dijalankan secara maya, baru-baru ini.

Dr Jeannie berkata, program baharu yang dilancarkan UCSI ini selari dengan keperluan semasa serta masa akan datang yang menjanjikan pekerjaan kepada pelajar selepas menamatkan pengajian.

“Ijazah baharu ini memang sangat dicari-cari di pasaran kerja hari ini. Generasi akan datang tidak hanya akan bertemu Fintech dalam perbankan atau industri sewaktu dengannya tapi akan lebih meluas dalam organisasi yang sederhana hingga ke besar

“Tidak dinafikan dunia Fintech telah matang dan membuka bermacam-macam permintaan yang besar dalam pasaran pelbagai pengkhususan. Mereka boleh menjadi ahli perniagaan yang berjaya dan memainkan peranan sebagai penasihat perniagaan dalam syarikat multinasional,” katanya.

Sementara seorang lagi panelis, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif FortNynja, Jenna Huey berkata perubahan zaman telah membuatkan dirinya beralih kepada bidang Fintech.

“Sekarang bukan lagi masa orang tidak memahami Fintech seperti dulu-dulu. Sekarang ini ia pasaran yang menguntungkan dan jika anda berfikir untuk terjun ke dalam dunia Fintech dengan mengambil ijazah, ini adalah tempoh yang sesuai.

“Saya juga bukan datang dengan latar belakang kewangan atau teknologi jadi tak kisah anda dari mana, anda sentiasa boleh terjun dalam bidang Fintech,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Profesor Madya Dr Pek Chuen Khee berkata, program baharu UCSI ini membuka pintu kepada pelajar untuk memahami trend teknologi terkini.

“Program ini dicipta khusus untuk membolehkan pelajar memahami trend, impak, inovasi dan aplikasi terkini dengan menggunakan inovasi kewangan dan teknologi dalam sektor kewangan seperti saluran kewangan digital, blok rantai, mata wang kripto, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

“Tidak lama lagi, fungsi konvensional institusi dan pasaran kewangan akan berubah. Pelajar yang mengambil pengajian ini mampu memahami trend terkini dan kesannya kepada industri perkhidmatan kewangan,” katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here