GAMBAR: Facebook.

KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth dilaporkan meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL), hari ini.

Dalam catatan menerusi Facebook Kelab Pesara Pegawai Tentera (RAFOC), Ghazali, 92, menghembuskan nafas terakhir pada 10.30 pagi tadi.

“Urusan jenazah akan dilaksanakan di Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara,” menurut catatan yang dipetik FMT.

Selepas bersara, Ghazali pernah berkhidmat sebagai pengerusi Nestle Malaysia Berhad.

– BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply