ISRAEL – Enam rakyat Palestin termasuk bekas pejuang terkenal, Zakaria Zubeidi berjaya memboloskan diri daripada penjara yang dikawal ketat di utara Israel selepas mengali lubang di bawah singki.

Kejadian yang merupakan antara yang terburuk pernah berlaku di negara itu memaksa pihak berkuasa melakukan operasi pencarian besar-besaran untuk menangkap semula tahanan tersebut yang dipercayai telahpun berada di Tebing Barat.

Menurut pihak berkuasa penjara Israel, kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 3 pagi apabila pengera berbunyi selepas orang awam ternampak keadaan yang mencurigakan di luar penjara Gilboa, lapor Times of Israel.

Sejumlah besar pasukan polis yang turut dibantu oleh dron dan helikopter dikerahkan ke penjara tersebut yang terletak di baratlaut Beit She’an, dekat laut Galilee. Turut serta dalam operasi itu, pihak tentera dan agensi perisikan Israel Shin Bet.

Difahamkan lima daripada tahanan tersebut diperjarakan seumur hidup kerana didakwa terlibat dalam serangan ke atas rakyat Yahudi.

“Pihak berkuasa masih belum mengetahui bagaimana lubang yang hanya memuat seorang lelaki dewasa berjaya digali kerana sudu yang diperbuat daripada logam tidak dibenarkan dibawa masuk dalam penjara.

Pihak berkuasa penjara juga percaya tahanan tersebut mendapat bantuan daripada pihak luar menggunakan telefon bimbit yang diseludup masuk.

Sejumlah 400 tahanan yang ditempatkan di Gilboa atas kesalahan berkaitan dengan keselamatan negara itu kini ditempatkan semua untuk mengelak kemungkinan terdapat lagi terowong yang digali di pusat tahanan itu.

Kumpulan Hamas menyifatkan kejayaan tahanan tersebut melarikan diri sebagai tindakan berani dan dianggap sebagai hero dan juga merupakan satu kegagalan terhadap sistem perjara Israel.

Zakaria merupakan bekas ketua Briged Jihad Al-Aqsa dan dikenali dalam kalangan rakyat Palestin dan rakyat Isreal. Beliau ditangkao atas dakwaan melakukan keganasan di sebuah kampung di Tebing Barat, dekat Ramallah pada tahun 2019.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here