Sebahagian tentera Afghanistan yang diberikan latihan dan bantuan oleh UK dan Amerika Syarikat. Foto Pihak Berkuasa Tentera Pakistan.

LONDON – Tentera Afghanistan yang dilatih oleh tentera barat dilaporkan kini berkhidmat dengan Taliban, kata sumber tentera United Kingdom (UK).

Pegawai tentera UK yang menganalisa imej pejuang Taliban termasuk dalam serangan ke atas Panjshir, tentera Afghanistan menggunakan teknik yang sama seperti rakan mereka dalam Nato ketika mengendalikan senjata, lapor akhbar Times.

Kebiasaannya pejuang Taliban memegang senjata mereka secara sesuka hati tanpa menggunakan teknik tertentu.

Bagaimanapun setakat ini, tiada pengesahan secara rasmi dibuat bahawa tentera Afghanistan yang dilatih oleh UK dan Amerika Syarikat telah menyertai Taliban.

Sumber lain pula berkata, Taliban sekarang berbeza dengan yang dahulu (1990an) sambil menambah mereka juga ‘lebih kebaratan’ berbanding sebelumnya dan memiliki telefon pintar.

Penganalisis dengan sebuah syarikat perisikan keselamatan Dragonfly, Barbara Kelemen berkata terdapat kemungkinan yang munasabah bahawa sesetengah tentera Afghanistan telah menyertai Taliban.

“Di antara puncanya termasuklah hubungan mereka dengan kumpulan itu sebelum ini, insentif ekonomi dan mungkin juga demi keselamatan diri atau keluarga,” kata beliau.
Sementara itu, sumber pertahanan lain mempertikai dakwaan itu sambil berkata, mana-mana pasukan yang kompeten mungkin dilatih untuk mengendalikan senjata mereka dengan cara yang sama.

“Kami tidak mempunyai sebarang bukti yang menyokong laporan bekas tentera Afghanistan yang dilatih oleh tentera barat telah menyertai Taliban,” kata sumber tersebut.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here